Tambah baik kemudahan pesara, bekas polis - Utusan Malaysia

Tambah baik kemudahan pesara, bekas polis

LEE LAM THYE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang meluluskan elaun bulanan sebanyak RM350 kepada isteri bekas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjaga golongan itu yang terlantar sepenuh masa.

Syor itu antara dikemukakan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)) dalam menambah baik kebajikan golongan berkenaan yang telah banyak berjasa.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jika sebelum ini Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri membuat pengumuman kemudahan itu kepada isteri pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), amatlah wajar kemudahan sama diberikan kepada isteri pesara PDRM.

Tambahnya, ATM banyak diberikan keutamaan kemudahan hospital di seluruh negara bagi memberi perkhidmatan rawatan perubatan kepada anggota dan veteran ATM, namun kemudahan yang sama juga perlu diberikan kepada anggota serta veteran PDRM.

‘Kerajaan juga boleh membantu melalui pemberian dana kepada beberapa pertubuhan yang didaftarkan sendiri oleh bekas polis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Kebanyakan persatuan ini didaftarkan untuk menjaga kebajikan bekas atau pesara polis tetapi tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Justeru kerajaan dicadangkan menetapkan peruntukan kewangan tahunan kepada tiap-tiap persatuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lam Thye berkata, kerajaan juga disaran menyediakan kemudahan kad perubatan untuk rawatan pesakit luar bagi pesara atau bekas polis dengan kelayakan sebanyak RM350 setahun sekeluarga.

“Sekiranya elaun kad perubatan tidak dapat dilaksanakan, kerajaan boleh mewujudkan konsep ‘green lane’ di hospital kerajaan sebagai keutamaan kepada pesara dan bekas polis bagi mendapatkan
perkhidmatan dan rawatan yang diperlukan tanpa menunggu lama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN