Sistem sosial masyarakat kita sudah rosak - Utusan Malaysia

Sistem sosial masyarakat kita sudah rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegiatan golongan lelaki muda bergelar ‘anak ikan’ yang hidup mewah hasil melayan nafsu golongan mak datin dan wanita kaya yang dahagakan kasih sayang, menunjukkan sistem sosial yang sudah rosak.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, golongan yang digelar ‘anak ikan’ bertentangan dengan tuntutan agama yang menyuruh berkahwin bagi menjaga keturunan.

“Fenomena ini telah digambarkan oleh Nabi SAW, apabila baginda menyebutkan bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah ialah lelaki yang menolak ajakan wanita yang kaya, berkedudukan lagi cantik untuk berbuat maksiat.

“Sudah tentu iman wanita dan lelaki yang membuat perkara terkutuk ini amat nipis dan gagal jadi benteng,” kata­nya.

Beliau mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia semalam mengenai golongan lelaki muda bergelar ‘anak ikan’ yang hidup mewah hasil melayan nafsu golongan mak datin dan wanita kaya yang dahagakan kasih sayang.

Lelaki muda ini berusia 20-an, mengakui seronok bergelar ‘anak ikan’ selepas disogok ribuan ringgit hanya untuk memuaskan nafsu wanita kaya.

Bagi Mufti Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, tiada pengetahuan berkenaan kesalahan-kesalahan dalam agama antara faktor utama mendorong anak muda terjerumus dalam masalah sosial termasuk menjadi ‘anak ikan’.

Beliu berkata, sekiranya mengetahui mengenai hukum-hakam agama, anak-anak muda berkenaan pastinya tidak terlibat dalam aktiviti meruntuhkan akhlak.

“Saya menjangkakan mereka tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang kesalahan agama.

“Hal ini bukan kerana isu longgar pegangan agama namun bagi saya mereka (remaja) merasakan apa yang dilakukan itu perkara biasa,” katanya.

Sementara itu Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, konsep dakwah dan mengimarahkan masjid perlu dipupuk dalam jiwa golongan yang terlibat dengan masalah sosial.
“Para pendakwah kini perlu mendekati dan membantu golongan tersebut, bukan sahaja hanya pandai berceramah dan bercakap di masjid-masjid sahaja.

“Mereka (pendakwah) perlu ambil tahu bersama jawatan kuasa masjid dan badan-badan dakwah terlibat bagi membantu golongan ini (terlibat masalah sosial),” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, aktiviti dakwah bukan sahaja perlu tertumpu di masjid, malah setiap ahli jawatan kuasanya perlu mengenal pasti dan mendekati masyarakat termasuk mereka yang terlibat masalah sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya