RTS beri manfaat kepada 323 kontraktor bumiputera Johor - Utusan Malaysia

RTS beri manfaat kepada 323 kontraktor bumiputera Johor

HASNI Mohammad (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Secara Maya antara JCCD dan MRTS Sdn. Bhd. di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seramai 323 kontraktor bumiputera Johor bakal menerima manfaat di bawah program projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, mereka menerima manfaat itu menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Johor Centre For Construction Development (JCCD) dengan Malaysia Rapid Transit System Sdn. Bhd. (MRTS) yang dimeterai hari ini.

Katanya, MoU bernilai RM800 juta itu berkaitan pembinaan projek RTS Johor Bahru–Singapura.

“Kerjasama itu melibatkan 40 peratus pembinaan infrastruktur awam menerusi fasa pertama.

“Kontraktor bumiputera tempatan daripada kelas G1 hingga G7 akan diberikan peluang melaksanakan pelbagai projek pembinaan infrastruktur awam seperti pembinaan stesen, penyediaan tapak dan sistem perparitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoU secara maya antara JCCD dan MRTS di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri dan Ketua Pegawai Eksekutif JCCD, Ekmaludin Ishak.

Sementara itu, mewakili pihak MRTS, Pengarahnya, Datuk Mohd. Zarif Hashim dan Pengarah Projek RTS, Zulkifli Mohamed.

Pengagihan kerja itu melibatkan seramai 167 kontraktor kelas G1 dan G2 dengan nilai kontrak RM58 juta.

Selain itu 109 kontraktor kelas G3 dan G4 (RM187); 23 kontraktor kelas G5 dan G6 (RM150 juta) dan selebihnya bagi kontraktor kelas G7 yang turut melibatkan syarikat luar kerana memerlukan kepakaran khusus.

Projek RTS yang bernilai RM3.7 bilion melibatkan jajaran sepanjang 4 kilometer (KM) dengan 2.7KM di Malaysia manakala 1.3KM di Singapura dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2026.

Tambah Hasni, pihaknya yakin projek terbabit akan mendorong kepada usaha merancakkan semula ekonomi di Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya