Rogol murid tahun enam: Reman 10 remaja dilanjutkan - Utusan Malaysia

Rogol murid tahun enam: Reman 10 remaja dilanjutkan

10 remaja lelaki dibawa masuk ke dalam kenderaan selepas permohonan menyambung perintah tahanan reman dibenarkan Mahkaman Sesyen Kemaman, Terengganu hari ini.  Gambar : NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Perintah tahan reman kesemua 10 remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol murid tahun enam di dua buah rumah di daerah ini dilanjutkan empat hari lagi, bermula esok.

Perintah itu dikeluarkan  Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali di sini hari ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, suspek yang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun tiba di pekarangan mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9.24 pagi. 

Kesemua mereka ditahan reman lima hari bermula Rabu lepas. 

Dalam kejadian pada 6 hingga 7 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol 10 lelaki termasuk seorang kenalannya yang baru dikenali dua hari menerusi aplikasi WhatsApp. 

Kejadian terbongkar selepas mangsa yang tidak pulang ke rumah selama dua hari, didesak ahli keluarganya menceritakan keadaan sebenar sebelum membuat laporan polis. 

Hasil pemeriksaan di Hospital Kemaman  mengesahkan terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.