Proton Saga terbakar di kaunter pandu lalu Mcdonald - Utusan Malaysia

Proton Saga terbakar di kaunter pandu lalu Mcdonald

KEADAAN kereta Proton Saga yang musnah 100 peratus dalam kebakaran di kaunter pandu lalu McDonald's di Jalan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah kereta Proton Saga musnah dalam kebakaran di kaunter pandu lalu restoran makanan segera, McDonald’s di Jalan Padang Hiliran di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Rozizah Abni Hajar berkata, seramai lapan anggota ditugaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 12.31 malam.

“Kebakaran melibatkan kereta Proton Saga yang musnah 100 peratus, bagaimanapun tiada mangsa yang cedera.

“Ketika kejadian kereta itu dinaiki dua mangsa iaitu lelaki dan perempuan yang berusia dalam lingkungan 20-an,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Rozizah, bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya