Polis rampas dadah bernilai hampir RM26 juta - Utusan Malaysia

Polis rampas dadah bernilai hampir RM26 juta

SHABUDIN Abd. Manan (tiga dari kiri) menunjukan dadah bernilai hampir RM26 juta yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Nibong Tebal dalam sidang akhbar di George Town hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mencatat nilai rampasan dadah terbesar tahun ini melibatkan pelbagai jenis dadah seberat 573 kilogram (kg) bernilai RM25.87 juta dalam tiga serbuan berasingan di Nibong Tebal dekat sini.

Dalam serbuan yang bermula Isnin sehingga Rabu lalu itu, dua suspek warga tempatan berusia 37 tahun dan 43 tahun turut ditahan.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, dalam serbuan pertama  polis berjaya menahan dalang utama sindiket dadah berkenaan berusia 37 tahun.

Katanya, ketika ditahan suspek berada di dalam sebuah kereta jenis Peugeot yang berhenti di sebuah lorong di antara premis kedai di Taman Perindustrian Nibong Tebal.

“Dalam serbuan itu polis telah merampas 100 bungkusan dadah disyaki syabu bernilai RM4.68 juta.

“Hasil soal siasat ke atas suspek pertama mendedahkan lokasi sebuah premis kedai iaitu stor penyimpanan bekalan pelbagai jenis dadah di kawasan Taman Perindustrian Nibong Tebal,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Menurut Sahabudin, di premis berkenaan  polis menjumpai dadah disyaki syabu, serbuk ekstasi, pil ekstasi, heroin base dan ketamin yang dianggarkan bernilai RM21.19 juta.

Hasil siasatan lanjut, tambah beliau, polis kemudiannya berjaya menahan suspek kedua berusia 43 tahun, di pekan Nibong Tebal yang disyaki anggota sindiket berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN