PMB taja RM40,000 program celik al-Quran YPM - Utusan Malaysia

PMB taja RM40,000 program celik al-Quran YPM

ABDUL Latiff Ahmad (tengah) menyempurnakan penyampaian sumbangan untuk program Celik al-Quran kepada Mohd. Nizar Sudin (kanan) sempena perasmian ibu pejabat PMB di Wisma PMB, Jalan Lumut, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permodalan Mara Berhad (PMB) menaja sebanyak RM40,000 bagi program celik al-Quran di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Sumbangan berkenaan bakal memanfaatkan seramai 200 pelajar di 10 pusat program itu seluruh negara.

Penyampaian sumbangan pendidikan itu disempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad kepada
Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin sempena perasmian ibu pejabat PMB di Wisma PMB, Jalan Lumut, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi PMB, Datuk Azrulnizam Abdul Aziz.

Menurut kenyataan YPM, setiap pusat Celik al-Quran menerima sumbangan RM4,000 dengan kapasiti 20 pelajar.

Katanya, pelaksanaan program Celik al-Quran YPM yang dibangunkan sejak 2019 itu bertujuan membantu pelajar rendah dan menengah mempelajari asas bacaan al-Quran yang betul secara percuma.

Jelasnya, para pelajar diperkenalkan huruf-huruf al-Quran, makhraj dan hukum-hukum tajwid yang betul serta membimbing peserta membaca kitab suci itu dengan lancar dan fasih.

“Program ini diadakan dalam jangka masa tiga bulan dengan bimbingan guru-guru yang bertauliah dalam bidang pengajian al-Quran.

“Bantuan RM4,000 itu diperlukan untuk setiap pusat bagi pembayaran yuran tenaga pengajar serta kelengkapan mengaji iaitu rehal dan Iqra’,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan iu, sebanyak 28 pusat Celik al-Quran dikenal pasti bagi perancangan sepanjang tahun depan.

Modul Pembelajaran di pusat itu mengandungi tiga peringkat iaitu perkara-perkara asas dalam pembelajaran al-Quran manakala peringkat kedua pula mempraktikkan bacaan pada surah-surah pendek dan panjang untuk memantapkan penguasaan bacaan mereka.

Bagi peringkat ketiga, katanya, peserta didedahkan dengan pengenalan ilmu tajwid beserta dengan makhraj dan sifat huruf.

“Penilaian pelaksanaan program ini perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan dan penambahbaikkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya