PGA rampas pakaian seludup bernilai RM312,255 - Utusan Malaysia

PGA rampas pakaian seludup bernilai RM312,255

BUNGKUSAN pakaian seludup yang dirampas PGA Batalion 7 Kuantan dalam serbuan di Jalan Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Cubaan menyeludup baju-T dan pakaian wanita bernilai RM312,255 dari negara jiran dipatahkan Pasukan Gerakan Ajm (PGA) Batalion 7 selepas anggotanya menahan sebuah lori di Jalan Banggol Kulim, di sini petang semalam.

Dalam operasi pukul 5 petang itu, anggota PGA turut menahan pemandu lori berusia 55 tahun bagi membantu siasatan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintenden Azhari Nusi berkata, bertindak atas maklumat awam, pihaknya mengekori lori tersebut sejurus selepas ia keluar dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

“Setibanya di Jalan Banggol Kulim, anggota kita menahan lori tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan di bahagian belakang lori menemukan bungkusan berisi pakaian. Maklumat dalam dokumen dikemukakan didapati meragukan kerana berbeza dengan kuantiti guni berisi pakaian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azhari memberitahu, lori yang membawa bungkusan pakaian itu kemudian dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pemeriksaan lanjut itu turut menemukan bungkusan mengandungi pakaian wanita serta mesin pengisar yang tidak sama dengan maklumat dalam dokumen dikemukakan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM463,455,” ujarnya sambil memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.