Muhyiddin saran pekebun sayur tarik kehadiran pelancong - Utusan Malaysia

Muhyiddin saran pekebun sayur tarik kehadiran pelancong

MUHYIDDIN Yassin (tengah) melihat hasil sayuran di kebun Jalan Sengkang Batu 18, Bukit Gambir, Tangkak, Johor. - UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pekebun sayur di Sengkang Batu 18, Bukit Gambir di sini memajukan lagi kawasan itu kepada orang ramai bagi menarik tumpuan pengunjung.

Urusetia Peladangan Berkelompok Sengkang Batu 18 dan 19, Tan Chee Kiong berkata, kewujudan kebun sayur berkeluasan lebih 160 hektar itu sememangnya sesuai dijadikan sebagai salah satu destinasi agropelancongan.

Katanya, ia berikutan lambakan pelbagai jenis tanaman yang mampu dibekalkan pihaknya.

“Beliau (Muhyiddin)  menyarankan kami membina sebuah pusat sehenti bagi menjayakan agenda ini. Bermaksud pengunjung yang datang ke sini dapat melihat kaedah penanaman sayur secara dekat.

“Kewujudan restoran di sini juga sangat sesuai, jika ada sayur yang dipetik oleh pengunjung ia boleh terus dimasak. 

“Malah, beliau juga mencadangkan pusat sehenti ini menyediakan kedai cenderahati untuk pengunjung membeli baju dan topi. Jika mereka ke kebun sayur ini, pengunjung boleh merasai pengalaman sebagai seorang pekebun sekali gus meningkatkan agropelancongan daerah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas lawatan Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir di kebun sayur Jalan Sengkang Batu 18, hari ini.

Chee Kiong berkata, pihaknya percaya usaha itu dapat dijayakan memandangkan Bukit Gambir turut memiliki tarikan lain seperti  Gunung Ledang dan sawah padi.

Menurutnya, ladang yang diusahakan itu mempunyai 16 jenis sayuran selain buah-buahan yang menjadikannya lokasi unik bagi menarik pelancong yang ingin merasai pengalaman berbeza.

“Kami mempunyai seramai 30 ahli dengan  setiap bulan dianggarkan 2,000 metrik tan sayur pelbagai jenis dapat dihasilkan untuk dipasarkan kepada kedai runcit dan pemborong di sekitar Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang.

“Kami mengeksport kira-kira 10 peratus hasil tanaman sayur ke Singapura, menjadikan pendapatan kasar yang kami berupaya peroleh adalah sebanyak RM50 juta setahun,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam melihat hasil tanaman sayur-sayuran pekebun-pekebun di kawasan terbabit.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pengguna dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Chong Full Fatt; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Insfrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri dan  Pengerusi Perladangan Berkelompok Batu 18 dan 19 Sengkang 1 Grisek, Tan So Tiok. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya