MBSA lulus 62 permit penjaja sementara - Utusan Malaysia

MBSA lulus 62 permit penjaja sementara

KAKITANGAN MBSA bersama penjaja yang memohon permit menjaja sementara di kawasan Zon Selatan, Seksyen 31 di Dewan Liparis, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meluluskan 62 permit penjaja sementara di kawasan Zon Selatan dalam usaha menjana ekonomi rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tapak  penjaja sementara yang dikenal pasti untuk dijadikan tapak penjaja sementara di Zon selatan itu ialah di Seksyen 26, 27, 28, 31, dan 35.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, permit berniaga tersebut diluluskan sebagai usaha menggalakkan penjaja berniaga dengan selesa di tempat yang dikhususkan.

“Program permohonan permit sementara tersebut diadakan dua hari bermula 19 Disember lalu bertujuan memudahkan para penjaja kecil di sekitar kawasan selatan pentadbiran MBSA untuk mendapatkan lesen penjaja sementara.

“Kesemua 62 permohonan tersebut diluluskan semasa pembukaan kaunter permohonan  permit sementara yang dibuka oleh MBSA di Dewan Liparis Seksyen 31 Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahrin berkata, setakat 30 November lalu, sebanyak 808 permit penjaja sementara dikeluarkan di seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

“MBSA berharap inisiatif pembukaan kaunter secara berperingkat dapat memudahkan serta menggalakkan peniaga untuk menjaja dengan kebenaran dan mematuhi peraturan yang  ditetapkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya