Mansuh syarat, KWSP usah berdolak-dalih - Asyraf Wajdi - Utusan Malaysia

Mansuh syarat, KWSP usah berdolak-dalih – Asyraf Wajdi

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) digesa mengurangkan kerenah birokrasi dengan memendekkan tempoh pencarum menerima bayaran pertama daripada tiga bulan kepada satu bulan setelah permohonan diluluskan.

Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sejak pengumuman perincian berkenaan inisiatif program i-Sinar oleh KWSP semalam, pihaknya menerima pelbagai rungutan dan aduan yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan syarat tersebut kerana menyukarkan mereka membuat permohonan.

“Majoriti rakyat yang bersuara beranggapan bahawa KWSP tidak ikhlas dan dilihat gagal menterjemahkan suara hati dan janji kerajaan untuk meringankan beban mereka yang ketika ini berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan hidup yang nyata di era pandemik.

“Pemuda UMNO komited dengan janji kami sebagai pemantau kepada pelaksanaan i-Sinar ini dan akan terus membawakan segala suara hati dan aduan rakyat kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, KWSP mengumumkan pengeluaran automatik kepada pencarum namun meletakkan syarat dan kriteria antaranya ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagaimanapun, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli seperti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa yang disifatkan tidak pun memudahkan pencarum melakukan permohonan.

Beliau antara lain mencadangkan agar kerajaan membuat pertimbangan memansuhkan semua syarat yang menyusahkan pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka selain memberikan pilihan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan wang maksimum RM10,000 secara sekali gus setelah permohonan diluluskan.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar KWSP tidak lagi cuba berdolak- dalih dan segera melakukan tindakan korektif dan penambahbaikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya