Majikan dapat timbal balas hantar pulang PATI - Utusan Malaysia

Majikan dapat timbal balas hantar pulang PATI

HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mempertimbangkan majikan membiayai kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada dalam tahanan depot dengan timbal balas, akan diberikan kuota penggajian pekerja asing yang baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kuota terbabit akan melalui tapisan yang ketat mengikut prosedur operasi standard Covid-19.

“Ratio pekerja ialah 1:1 iaitu untuk setiap PATI yang dihantar pulang, mereka boleh mendapat seorang pekerja asing dalam kalangan tahanan di depot jika memenuhi syarat ditetapkan.

Buat masa ini, hanya 15 peratus PATI yang ditahan dalam depot yang layak dan saya akan bentang perkara ini dalam mesyuarat Kabinet,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamzah berkata, mesyuarat itu juga memutuskan empat perkara secara bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Berkenaan Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-4, Bil 1/2020.

“Ia adalah status Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); Kajian Menyeluruh Situasi Buruh di Sektor Perladangan Sawit Malaysia.

“Selain itu, pengecualian pengiklanan kekosongan jawatan kosong di Portal MyFutureJobs bagi Pegawai Dagang dan Peranan Jawatankuasa Penggajian Pegawai Dagang di Bawah Kementerian Sumber Manusia dan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya