Masalah pengangguran dalam kalangan graduan bumiputera bukanlah perkara baharu. Tahun ini, keadaan menjadi lebih parah apabila negara diserang wabak Covid-19 yang memberikan kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi sekali gus menyukarkan lagi peluang mereka untuk memperoleh peluang pekerjaan sewajarnya. Justeru, kita menyambut baik pelbagai inisiatif yang dirangka oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan bumiputera terutama dalam bidang keusahawanan. Dalam konteks ini, saya tertarik dengan pembentangan Menteri…










