Lori, SUV terbakar, tiga cedera - Utusan Malaysia

Lori, SUV terbakar, tiga cedera

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori dan sebuah SUV di jejambat berhampiran Masjid Jamek Datuk Bandar Haji Ahmad, Rasah, Seremban, tengah hari tadi. - Gambar Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga lelaki cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di jejambat berhampiran Masjid Jamek Datuk Bandar Haji Ahmad, Rasah, dekat sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat, Seremban, Hamlan Ishak berkata, kemalangan itu turut menyebabkan kedua-dua buah kenderaan tersebut iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70 dan sebuah lori terbakar.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.06 tengah hari dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.  

“Setibanya di lokasi kami cuba memadamkan kebakaran manakala lima mangsa yang terlibat diselamatkan oleh orang awam.

“Siasatan awal mendapati perlanggaran kedua-dua buah kenderaan menyebabkan kebakaran. Kami menggunakan satu unit ‘foam’ untuk memadamkan kebakaran berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seramai 13 anggota Balai Bomba Seremban dan Balai Bomba Seremban turut terlibat dalam kebakaran dengan menggunakan satu FRT serta water tanker digunakan untuk operasi tersebut. 

Menurut Hamlan, dua lelaki yang berada di dalam lori berkenaan cedera manakala seorang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Turut cedera seorang lelaki yang memandu Proton X70 manakala seorang penumpang iaitu seorang wanita tidak cedera,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.