Lapan kenderaan rosak dirempuh lori bijih besi - Utusan Malaysia

Lapan kenderaan rosak dirempuh lori bijih besi

SEBAHAGIAN daripada lapan kenderaan yang dirempuh sebuah lori bijih besi di persimpangan lampu isyarat di pusat sekolah memandu di Kilometer 3 Jalan Chukai-Air Putih di Kemaman hari ini.  - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sebanyak lapan kenderaan rosak dirempuh sebuah lori muatan bijih besi yang hilang kawalan di persimpangan lampu isyarat di pusat sekolah memandu di Kilometer 3, Jalan Chukai-Air Putih di sini hari ini. 

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu membabitkan tiga kenderaan pacuan empat roda di samping tiga kereta dan dua lori dengan kesemuanya rosak di bahagian depan serta belakang.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, nahas dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 52 tahun dari Air Putih ke Chukai itu tiba-tiba merempuh deretan kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat. 

“Rempuhan menyebabkan kesemua kenderaan itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan belakang.

“Kenderaan yang terlibat ialah Perodua Myvi, Mitsubishi Triton, Toyota Vios, Mazda, Proton Arena dan Honda City di samping treler jenis Scania dan lori Majlis Perbandaran Kemaman (MPK),” katanya kepada pemberita hari ini.

Kemalangan itu turut menyebabkan lalu lintas sesak kira-kira 30 minit sejauh dua kilometer sebelum semua kenderaan dialihkan. 

Orang ramai di lokasi kejadian turut membantu mangsa yang terjejas dalam nahas itu.

Hanyan berkata, ujian air kencing ke atas pemandu lori dari Labu, Negeri Sembilan itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya