Kuala Selangor naik status tahun depan - Utusan Malaysia

Kuala Selangor naik status tahun depan

RAHILAH RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dijangka berstatus majlis perbandaran pada tahun hadapan.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, perkara itu dalam fasa akhir proses pewartaan dan sedang diteliti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Setakat ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan cadangan menaik taraf status tersebut. Keputusan ini dimuktamadkan sepenuhnya oleh KPKT terutama dalam menentukan tarikh pewartaan kelak.

“Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita menjangkakan MDKS bertukar kepada status perbandaran pada tahun depan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam..

Ogos lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan MDKS masih menunggu lampu hijau daripada KPKT berhubung perubahan status majlis daerah kepada perbandaran selain melihat kepada beberapa penelitian termasuk aspek penduduk, pendapatan dan hasil.

Terdahulu, buat julung kali MDKS menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi membentuk aspirasi pembangunan dan persekitaran kondusif kepada warga daerah itu.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu dimeterai antara Rahilah yang mewakili MDKS dan Rektor UiTM Cawangan Selangor, Prof. Datuk Dr. Abu Bakar Majeed.

Dalam pada itu, Rahilah berkata, pihaknya bersedia sepenuhnya untuk pewartaan tersebut dan telah mematuhi kriteria ditetapkan kerajaan.

“Berdasarkan bancian terakhir, populasi penduduk di seluruh Kuala Selangor dianggarkan seramai 260,000 orang.

“Jumlah ini turut meliputi kawasan Puncak Alam yang berkepadatan penduduk paling tinggi dan berstatus bandar ketika ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Selangor setakat ini mempunyai tiga majlis bandaraya iaitu Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Selayang, Ampang Jaya, Klang, Kajang, Kuala Langat dan Sepang pula berstatus majlis perbandaran sementara Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam memegang status majlis daerah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya