Kelantan United sambar bekas bintang Jepun - Utusan Malaysia

Kelantan United sambar bekas bintang Jepun

MASASHI MOTOYAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Bekas perancang tengah Jepun Masashi Motoyama, 41, menjadi pemian import baharu yang dibawa masum Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) dalam usaha memperkasakan lagi pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Presiden KUFC Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kehadiran tonggak berpengalaman merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd.

“Melalui kerjasama itu juga, kita telah mendapatkan khidmat jurulatih muda iaitu Akira Hagashiyama bersama pemain Yuki Tanigawa dari negara matahari terbit itu.

“Syarikat berkenaan, turut menaja sebanyak RM250,000 kepada pasukan,” katanya pada malis menandatangani perjanjian kerjasama strategik antara Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. dan KUFC di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd Hiroshi Hamada.

CHE Abdullah Mat Nawi (tengah) dan Hiroshi Hamada (dua dari kanan) dalam majlis perjanjian kerjasama antara KUFC dengan Yakult Malaysia di Kota Bharu hari ini.

Selain Motoyama dan Tanigawa KUFC turut diperkuatkan oleh pemain sayap lincah dari Gambia Gassama Alfusaini.

Motoyama merupakan bekas pemain Kashima Antlers selama 18 tahun di Liga Jepun (Liga J) dan Kelab Giravanz Kitakyushu di Liga II negara berkenaan selama empat musim.

Che Abdullah memberitahu, kerjasama itu turut merangkumi program-program pembangunan bola sepak diperingkat akar umbi bersama KUFC.

Beliau berkata, kehadiran Motoyama dijangka mampu menyuntik ‘DNA’ bola sepak Jepun dalam pasukan KUFC untuk musim 2021.

“Kita sudah bersiap-sedia untuk memberikan saingan dengan berusaha sebaik mungkin untuk mencabar pasukan-pasukan di Liga Perdana nanti,” ujarnya.

Sementara itu, Hamada berkata, pihaknya optimis KUFC mampu melangkah juah dalam saingan Liga M 2021 nanti.

Katanya, kerjasama ini dijangka akan mampu memberikan impak positif dalam merancakkan lagi pembangunan bola sepak Kelantan pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya