SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan perbincangan dengan semua agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan isu kenderaan berat membawa lebih muatan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, faktor itu dikesan antara punca utama kerosakan jalan raya yang berlubang dan boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna. Katanya, masalah jalan berlubang itu bukan perkara baharu dan…