Gaji kecil, semangat besar - Utusan Malaysia

Gaji kecil, semangat besar

PEMAIN Armed Forces FC menjalani latihan dalam persiapan menghadapi Liga M3 2020 sebelum ia dibatalkan akibat pandemik Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biar gaji tidak besar, janji dapat mempamer aksi terbaik dan berpeluang beraksi ke peringkat tertinggi.

Itu semangat pemain Liga M3 yang tidak sabar mahu memulakan kempen 2021 biarpun dalam keadaan serba terbatas, terutama kekangan kewangan.

Secara purata, pasukan Liga M3 yang bersaing merebut dua slot ke Liga Perdana memerlukan RM500,000 hingga RM1 juta semusim, namun ada juga yang tidak mampu menyediakan bajet sebesar itu.

Apa yang dilakukan bagi me­ngurangkan perbelanjaan adalah dengan hanya membayar elaun perlawanan. Pemain akan dibayar jika turun beraksi.

Biarpun pemain Liga M3 tidak semewah Liga Super atau Perdana, namun mereka juga memiliki skil yang baik, malah ada yang datang dari pa­sukan utama Liga Malaysia.

Begitupun majoriti pemain berstatus amatur dan mempunyai pekerjaan lain. Contohnya, Armed Forces FC yang menggunakan 80 peratus anggota tentera.

“Bajet paling ideal buat pasukan antara RM500,000 hingga RM1 juta. Itu untuk membayar gaji, pengangkutan, sewa padang dan sebagainya dalam tempoh semusim.

“Tetapi ada pasukan mempunyai bajet kurang. Ia bergantung kepada perbelanjaan mereka.

“Sesetengah pasukan cuma bayar elaun kerana keba­nyakan pemain ada pekerjaan tetap,” kata Pengurus Armed Forces FC, Mohd. Noorazam Abd Razak kepada Utusan Malaysia semalam.

Norazam mengakui, pasukan Liga M3 sukar mendapat penajaan kerana pertandingan itu tidak mendapat liputan media.

“Kebanyakan pasukan menggunakan sumber kewangan sendiri manakala yang mendapat tajaan pula kerana ada hubungan baik dengan penaja.

“Berbeza dengan pasukan Liga Perdana dan Super yang me­nerima liputan media serta siaran langsung secara meluas, ia membuka peluang dan minat penaja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya