Diperdaya scammer tiru suara anak - Utusan Malaysia

Diperdaya scammer tiru suara anak

MOHD. WAZIR MOHD YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Semakin kerap berlaku kes penjenayah menipu dengan meniru suara ahli keluarga dan kenalan sehingga menyebabkan mangsa kerugian ribuan ringgit.

Dalam kes di sini semalam, seorang nelayan berusia 59 tahun kerugian RM13,000 akibat diperdaya individu menyamar anaknya yang menghubunginya melalui panggilan telefon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dihubungi ketika sedang bekerja menangkap ikan di laut.

“Pada pukul 11 pagi kelmarin, mangsa terima panggilan telefon daripada seseorang yang suaranya seperti anak sulungnya dan memberitahu telah menukar nombor telefon.

“Suspek meminta mangsa memasukkan wang RM5,000 dengan alasan untuk membeli barang perniagaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd. Wazir menambah, sejurus selepas  panggilan itu, lelaki tersebut meminta bantuan rakannya untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.

Selepas itu katanya, suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan meminta RM8,000 kerana wang diterima sebelumnya tidak mencukupi.

“Mangsa meminta bantuan majikannya yang berada di darat untuk memasukan wang RM8,000 ke dalam akaun yang sama,” katanya. 

Beliau berkata, mangsa menyedari ditipu ketika menghubungi anaknya apabila kembali ke darat semalam.

“Anaknya menafikan menghubungi mangsa untuk meminta wang. Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya