Bersatu perkukuh kerjasama dengan Pas - Utusan Malaysia

Bersatu perkukuh kerjasama dengan Pas

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju memperkukuh kerjasama antara parti itu dengan Pas melalui Perikatan Nasional (PN)
dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, justeru, semua keputusan yang bakal diambil parti berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan PN terutama Pas yang terlibat secara langsung.

Katanya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MPT malam ini yang dipengerusikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dalam mesyuarat itu kita membincangkan hala tuju dan pendirian Bersatu berhubung
perkembangan politik semasa.

“MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal
terhadap usul keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Menteri Besar Perak yang diusulkan UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam sidang DUN Perak baru-baru ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya