Bapa, anak maut kereta rempuh pokok - Utusan Malaysia

Bapa, anak maut kereta rempuh pokok

ANGGOTA  Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai mengeluarkan dua mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Felda Bukit Batu, Johor Bahru. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang bapa bersama anak lelakinya maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebatang pokok akasia selepas terbabas di Jalan Felda Bukit Batu, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu kira-kira pukul 6 pagi itu, Mohamad Khairul Hasan, 34, dan Mohd. Khairil Akmal Mohamad Khairul, 13, maut di lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Firdaus Juritah berkata, seramai tujuh anggota beserta sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai ditugaskan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.45 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Perodua Alza terbabas dan merempuh sebatang pokok akasia di tepi jalan.

“Pemandu lelaki berusia 34 tahun serta seorang penumpang hadapan yang berusia 13 tahun ditemukan dalam keadaan tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, jenazah kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya