Banyak jasa Mohamad kepada orang Melayu - Utusan Malaysia

Banyak jasa Mohamad kepada orang Melayu

HASNI Mohammad menyiram air mawar ke atas pusara Allahyarham Mohamad Aziz yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Johor. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Allahyarham Tan Sri Mohamad Aziz banyak menabur jasa dan sumbangan terhadap pembangunan orang Melayu sepanjang hayatnya.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, malah tokoh itu banyak terlibat dalam menyatupadukan orang Melayu khususnya ketika berdepan situasi mencabar.

Katanya, peranan itu dimainkan beliau sama ada sebagai pemimpin politik dan wakil rakyat malah tokoh veteran UMNO.

“Dengan pemergian beliau, negara kini kehilangan seorang tokoh pemimpin yang banyak berjasa khususnya kepada Johor.

“Sumbangan Allahyarham bukan sahaja kepada tanah air, malah kepada orang Melayu kerana beliau banyak terlibat dalam menyatupadukan masyarakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Bukit Aliff di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir terhadap Mohamad di kediamannya di Taman Nong Chik, di sini.

Jenazah Mohamad disembahyangkan di rumahnya sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.50 malam semalam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak lima hari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.