Anwar mahu ikatan parti dalam PH diperkukuh - Utusan Malaysia

Anwar mahu ikatan parti dalam PH diperkukuh

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan beliau lebih cenderung untuk memperkukuh ikatan parti dalam Pakatan Harapan (PH) berbanding memberi tumpuan kepada gabungan lebih besar melalui PH Plus.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu berkata, tiada masalah untuk PH mengundang parti-parti lain ke dalam pakatan tersebut.

“Sama ada PH Plus atau PH, kita ini PH. Tetapi PH boleh undang orang lain untuk menyertainya.

“Perkara itu kita akan bawa dalam mesyuarat akan datang,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama pimpinan PKR Kedah di sini, hari ini.

PH Plus adalah gabungan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Baru-baru ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi satu kenyataan bersama menegaskan, sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu bagi membina kekuatan bersama.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Anwar berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri telah memberi penjelasan mengenainyai.

“Perkara itu telah dijelaskan dan mereka suruh bawa dalam mesyuarat. Selepas ini kita terus bergerak ke depan,” katanya.

Sementara itu, beliau menafikan berlakunya kemelut di PKR Sarawak hingga mendorong Pengerusinya, Larry SNG melepaskan jawatan baru-baru ini

“Tak ada kemelut pun. Cumanya Larry merasakan kerana majoriti kaum di sana adalah Dayak, maka kepemimpinan parti juga perlu hadir daripada kaum itu.

“Beliau fikir untuk berdepan pilihan raya negeri tidak lama lagi, kita memerlukan ketua daripada masyarakat Dayak.

“Saya serahkan kepada kepemimpinan PKR negeri untuk berbincang dan setakat ini Majlis Pimpinan Negeri (MPN) meminta supaya Larry meneruskan khidmat buat sementara waktu,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.