Ahmad Faizal ditolak secara segera - PKR Perak - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal ditolak secara segera – PKR Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Usul undi percaya yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manaf Hashim terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini jelas menunjukkan semangat kesepakatan ADUN Perak dalam menjamin masa depan rakyat terhadap Menteri Besar yang gagal mendapat kepercayaan.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, usul itu yang telah disegerakan membuktikan bahawa kerajaan Ahmad Faizal tidak ada keabsahan.

Katanya, ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19, jika pilihan raya negeri diadakan, ia hanya memudaratkan rakyat.

“Namun apa yang jelas adalah Ahmad Faizal telah ditolak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“PKR Perak menerima keputusan ini dengan baik dan kita akan memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri agar fokus kepda kebajikan rakyat tidak terabai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Farhash Wafa Salvador berkata, beliau juga ingin menasihatkan Ahmad Faizal untuk bermuhasabah diri setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya sembilan bulan bersama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya