ADUN Dengkil positif Covid-19 - Utusan Malaysia

ADUN Dengkil positif Covid-19

ADHIF SYAN ABDULLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah disahkan dijangkiti Covid-19.

Beliau dan pemandunya didapati positif selepas membuat ujian saringan Covid-19 dan dibawa ke hospital hari ini untuk rawatan serta menjalani kuarantin. 

Kata beliau, pemandunya itu mengalami gejala demam dua hari lalu dan mereka mengambil keputusan membuat ujian sebagai langkah berjaga-jaga. 

“Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa lain dimaklumkan dan semua kontak rapat saya telah dikesan serta disaring mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

“Orang ramai juga dinasihatkan memberi kerjasama jika diminta pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, sehubungan itu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Dengkil ditutup  14 hari sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi menjalankan operasi nyah cemar.

Pada masa sama, katanya, seluruh staf PKM akan menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing selepas menjalani saringan.

“Dengan izin Allah SWT serta berkat doa, insya-Allah kami dapat mengharungi dugaan ini dan kembali semula untuk berkhidmat segera dengan lebih berdedikasi.

“Saya memohon maaf jika mendatangkan sebarang kesulitan dan memaklumkan perkembangan keadaan kesihatan saya serta pengoperasian PKM dari masa ke semasa,” katanya.  

Beliau meminta orang ramai menghubungi pejabatnya melalui emel [email protected] jika terdapat sebarang urusan. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya