KUALA LUMPUR: Sebanyak 301 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes membabitkan pengubahan wang haram dalam tempoh dua tahun sejak 2019 sehingga November lalu. Antara kes pengubahan wang haram yang disiasat ialah penipuan, jenayah pecah amanah, kongsi gelap dan perjudian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, dalam tempoh sama, PDRM turut menyita dan membekukan harta dianggarkan bernilai hampir RM1.8 bilion. Kata beliau,…