200 mangsa banjir di Pasir Puteh dipindahkan - Utusan Malaysia

200 mangsa banjir di Pasir Puteh dipindahkan

PENDUDUK Kampung Gong Pasir, Pasir Puteh, Kelantan, dipindahkan ke PPS SK Sungai Petai pukul 1 pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kira-kira 200 mangsa banjir dari 16 kampung yang ditenggelami air di sekitar daerah ini dipindahkan ke enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak malam tadi.

Difahamkan, proses pemindahan kesemua mangsa oleh pasukan penyelamat bermula sejak pukul 6 petang dan selesai sekitar pukul 1 pagi tadi.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Saring, Kampung Gong Serapat, Kampung Jerat Semata, Kampung Bukit Gedombak dan Kampung Dalam Kemunting,

Turut dinaiki air Kampung Daram Buaya, Kampung Batu Hitam, Kampung Bukit Bidang, Kampung Lepah, Kampung Nering, Kampung Wakaf Bunut, Kampung Gong Serapat, Kampung Gong Pasir dan Kampung Tasek Tok Kundur.

Pengerusi Jawatankuasa Banjir daerah, Ab. Pattah Hasbullah berkata, hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan 16 kampung dan jalan-jalan utama di daerah ini mula ditenggelami air.

“Keadaan jalan raya utama dinaiki air turut dipantau pasukan penyelamat. Mereka meletakkan papan tanda amaran supaya orang ramai berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Orang ramai perlu bersiap-sedia untuk berpindah dan akur pada arahan anggota penyelamat yang bertugas selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu di PPS bagi mengelak penularan Covid-19,” katanya.

Tambah beliau, antara norma baharu ialah pembahagian makanan kepada mangsa banjir diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara bungkus dan tidak ada gotong-royong memasak di PPS sebagaimana kebiasaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya