13 tan daging kambing sejuk beku Australia disita - Utusan Malaysia

13 tan daging kambing sejuk beku Australia disita

Daging kambing sejuk beku dari Australia yang disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang di NBCT, Butterworth kelmarin. - IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas lebih 13 tan daging kambing sejuk beku selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, operasi kira-kira pukul 5.45 petang itu dilakukan selepas pihaknya mendapati maklumat yang dikemukakan pengimport tidak tepat dan mengelirukan seperti yang dinyatakan pada syarat-syarat di dalam permit import Maqis.

Sehubungan itu, ujar beliau, pihaknya merampas  kira-kira 13,651 kilogram (kg) daging kambing sejuk beku dari Australia itu yang dianggarkan bernilai RM365,917.45 bagi tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati daging sejuk beku berkenaan adalah jenis ‘boneless mutton leg’ seberat 6,020 kg; ‘boneless mutton trunk’ (5,630 kg) dan ‘mutton tribe’ (2,001 kg),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya