YB Rara sokong potong gaji 10 peratus - Utusan Malaysia

YB Rara sokong potong gaji 10 peratus

YOUNG SYEFURA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diminta menaikkan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang daripada RM30,000 kepada RM50,000.

ADUN Ketari, Young Syefura Othman berkata, beliau berharap rakyat sedia maklum ADUN pembangkang yang hanya menerima RM30,000 peruntukan setahun daripada kerajaan negeri.

“Menerusi peruntukan itu, ia digunakan bagi tujuan pembangunan dan kebajikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing.

“Lebih daripada separuh jumlah elaun ADUN pembangkang digunakan untuk pengurusan pejabat dan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan di kawasan masing-masing,” kata wakil rakyat DAP berkenaan di sini semalam.

Young Syefura atau lebih dikenali dengan pangilan Rara berkata, beliau menyahut seruan Wan Rosdy untuk membuat potongan gaji 10 peratus gaji selama tiga bulan bermula bulan ini sehingga Januari 2021 untuk disumbangkan dalam Akaun Amanah Bencana Negeri Pahang.

“Sahutan ini (potong gaji 10 peratus) hanya mewakili diri saya sendiri bukan semua wakil rakyat dari pembangkang khususnya DAP,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penekanan telah diberikan termasuk dalam perbahasan Belanjawan Negeri 2021 baru-baru ini iaitu meminta keterangan dan penjelasan tentang bentuk bantuan yang diberikan menggunakan akaun bencana tersebut.

“Kerajaan negeri menyatakan akan menyalurkan lebihan hasil yang berjumlah RM5 juta kepada akaun amanah ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya