Warga Bangladesh putus tangan dinding konkrit runtuh - Utusan Malaysia

Warga Bangladesh putus tangan dinding konkrit runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Seorang pekerja warga Bangladesh putus pergelangan tangan manakala rakannya cedera pada bahagian kaki selepas ditimpa dinding konkrit yang runtuh ketika sedang bekerja di sini petang tadi.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 5 petang tadi itu berlaku ketika mangsa, Manan Abdul dan Mostak yang kedua-duanya berusia 40-an sedang bekerja di unit kedai serbaneka di sebuah kolej swasta.

Katanya, kedua-dua mangsa dipercayai ditimpa struktur konkrit ketika kerja pembinaan dan penyelenggaraan di unit kedai itu sehingga menyebabkan Manan Abdul putus pergelangan tangan dan cedera pada bahagian muka manakala Mostak cedera di kaki.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan, kita dapati mangsa dihempap dinding konkrit yang runtuh dan usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan segera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi itu dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kawan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya