Tidak jadi bunuh diri nampak kelibat buaya - Utusan Malaysia

Tidak jadi bunuh diri nampak kelibat buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ingin membunuh diri tetapi ditemukan selamat dan dalam keadaan basah di tepi jalan kerana dipercayai ternampak kelibat buaya di sungai berhampiran jambatan di Jalan Mohd. Sidin di sini kelmarin.

Menurut sumber, wanita berusia 34 tahun itu yang pada mulanya terjun di kawasan tengah sungai bagi membunuh diri  bertindak berenang dengan laju di kawasan tepi sungai tersebut. 

“Wanita terbabit mendakwa melihat kelibat buaya yang menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya membunuh diri. 

“Dia kemudiannya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian cubaan bunuh itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Semalam, Utusan melaporkan cubaan seorang jurutera ingin membunuh diri dengan terjun daripada jambatan gagal apabila dia ditemukan dalam keadaan selamat dalam satu kejadian di Jalan Mohd. Sidin di sini.

Wanita berasal dari Taman Klang Jaya ditemukan orang awam dalam keadaan basah lebih satu kilometer daripada lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam kenyataannya berkata,  pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki mengatakan terdapat seorang wanita telah terjun ke sungai di kawasan tersebut kira-kira pukul 6.57 petang.

“Bagaimanapun, wanita terbabit ditemukan semula dalam keadaan pakaian basah di tepi jalan berhampiran kawasan kejadian kira-kira pukul 11.30 malam sebelum diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan mendapati, wanita yang masih bujang ingin membunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan.

“Malah, siasatan mendapati wanita yang merupakan jurutera di cawangan Petaling Jaya ini baharu dipindahkan dari Port Dickson tujuh bulan lalu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.