Tahun Baharu Cina 2021 P.Pinang disambut secara maya - Utusan Malaysia

Tahun Baharu Cina 2021 P.Pinang disambut secara maya

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Buat pertama kali dalam tempoh 21 tahun penganjurannya, Sambutan Tahun Baharu Cina di negeri ini tahun depan disambut sepenuhnya secara maya.

Keputusan itu dibuat berikutan ketidaktentuan berhubung penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Sejak dimulakan pada 1999, sambutan Tahun Baharu Cina atau lebih dikenali sebagai Miao Hui itu menjadi antara perayaan terbesar di negeri ini dan menarik ratusan ribu pelancong sama ada tempatan atau antarabangsa.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Tahun Baharu Cina 2021 secara maya itu disambut selama sembilan hari bermula 12 Februari depan bertemakan Permata Budaya.

Sepanjang tempoh itu, katanya, tidak ada penganjuran acara secara fizikal namun orang ramai masih boleh merasai pengalaman melawat tokong dan mempelajari kebudayaan warisan masyarakat Cina menerusi platform dalam talian.

“Sambutan Miao Hui di Pulau Pinang adalah perayaan yang cukup dikenali dan meraikannya secara maya dilihat sebagai platform terbaik khususnya kepada generasi muda untuk terlibat dalam kebudayaan dan warisan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, berikutan ia kali pertama perayaan itu disambut secara maya, beliau menggalakkan orang ramai khususnya golongan muda tampil sebagai sukarelawan bagi menjayakannya.

Tambahnya, mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi Facebook Miao Hui atau menghubungi pihak penganjur di talian 012-4387796. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya