Sultan Ibrahim kurnia basikal kepada kakitangan istana - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim kurnia basikal kepada kakitangan istana

KAKITANGAN Istana Flintstones, Mersing, Johor menunggang basikal yang dikurniakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Gambar: FB SULTAN JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebanyak 140 basikal kepada kakitangan Istana Flintstones, Mersing.

Baginda bertitah, kurniaan itu bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka dari rumah mereka ke Istana Flintstones tetapi pada masa sama memotivasikan mereka untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

“Penggunaan basikal ini bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka, malah lebih penting mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Istana Flintstones yang terletak di Mersing mengambil nama animasi kartun terkenal, The Flintstones.

Kartun The Flintstones dan watak utama dalam siri animasi itu, Fred menjadi kegemaran Sultan Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.