Pelabur Noradz Travel dicari untuk agih RM71 juta - Utusan Malaysia

Pelabur Noradz Travel dicari untuk agih RM71 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah firma guaman meminta 1,655 pelabur dalam kes mengambil deposit secara haram oleh Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. supaya menghubungi firma itu berkaitan tuntutan sebanyak RM71 juta.

Tetuan S.I Rajah & Co memaklumkan, setiap pelabur itu akan menerima sebanyak RM18,700.

Bercakap dengan Mingguan Malaysia, S.I Rajah berkata, pihaknya berdepan masalah untuk menjejaki pelabur itu kerana mereka telah berpindah dari alamat terakhir yang ada dalam rekod firma guaman itu.

“Firma guaman saya sedang dalam proses mengemas kini butiran pelabur-pelabur memandangkan kes ini telah berlangsung selama lebih 10 tahun dan seramai 1,655 pelabur tidak dapat dihubungi.

“Mereka telah melabur dalam syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd dan kami minta mereka menghubungi dengan mengemukakan butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor telefon,” kata S.I. Rajah semalam.

Menurut Rajah, Bank Negara Malaysia (BNM) juga dalam proses untuk mengemas kini senarai pelabur-pelabur itu.

“Untuk proses pemulangan wang pelabur-pelabur, BNM telah melantik sebuah firma audit yang kini hampir selesai meneliti dokumen-dokumen tuntutan untuk membuat bayaran kepada para pelabur.

“BNM juga dalam proses mengemas kini dan meminda senarai pelabur-pelabur untuk memasukkan nama mereka yang mungkin tercicir sebelum ini. Bagi pelabur di Sabah dan Sarawak mereka boleh menghubungi firma Tetuan S.I. Rajah untuk memberikan butiran,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.