Palsu dokumen bawa masuk ikan tenggiri - Utusan Malaysia

Palsu dokumen bawa masuk ikan tenggiri

IKAN tenggiri yang dirampas bernilai RM8,000 di pelantar Maqis Kuala Perlis, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Isytihar dokumen dengan kandungan kuantiti tidak sama selain menyembunyikannya bersama ikan lain bagi mengelirukan pihak berkuasa dan membawa masuk ikan tenggiri dari Thailand ke negara ini secara tidak sah.

Taktik itu bagaimanapun dihidu Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri yang menggagalkan cubaan membawa masuk ikan tenggiri dianggarkan bernilai RM8,000 di pelantar Maqis Kuala Perlis, Khamis lalu.

Pengarah Maqis negeri, Mohamad Arshad Raffin berkata, hasil pemeriksaan pegawainya ke atas sebuah bot kira-kira pukul 9.30 pagi mendapati ia membawa ikan tenggiri yang mempunyai pengisytiharan dokumen mengelirukan.

Katanya, kandungan kuantiti dagangan ikan tenggiri yang dibawa adalah tidak sama dengan kuantiti didalam invois.

“Ikan tenggiri tersebut didapati diletakkan bersama dengan ikan jenis lain di dalam bot berkenaan dan kesemua 16 tong ikan seberat 800 kilogram itu ditahan untuk tindakan lanjut.

“Perbuatan mengimport keluaran pertanian dengan mengemukakan dokumen yang palsu, tidak tepat dan mengelirukan adalah menjadi kesalahan dibawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum dibawah Akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN