fbpx

4 Disember 2020, 3:16 am

  TERKINI

Musim hujan dipercayai punca buaya muncul di Marang

TANGKAP layar imej buaya yang dikesan muncul di Sungai Sentul Patah di Marang, Terengganu seminggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kemunculan buaya di Sungai Sentul Patah di Marang, dekat sini yang dikesan seminggu lalu dipercayai kerana habitatnya terganggu berikutan hujan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu semasa monsun Timur Laut sedikit sebanyak memberi kesan kepada habitat reptilia itu.
“Kebiasaannya pada musim hujan, air sungai naik jadi habitat buaya turut terganggu.

“Kemungkinan faktor itu yang menyebabkan buaya muncul. Bagaimanapun kita akan menyiasat perkara ini dan melakukan tindakan susulan jika perlu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, video berdurasi 0.49 saat yang memaparkan seekor buaya di sungai itu tular dalam media sosial sekali gus meresahkan penduduk setempat.

Dalam perkembangan sama, Abdul Malek meminta orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri ketika melakukan aktiviti di kawasan sungai tersebut.

Katanya, sungai itu sememangnya merupakan habitat buaya tetapi setakat ini tiada laporan haiwan liar itu mengancam manusia. – UTUSAN ONLINE