Malaysia sasar 70 peratus rakyat dapat vaksin 2021, harga ditawarkan AS$21 - Utusan Malaysia

Malaysia sasar 70 peratus rakyat dapat vaksin 2021, harga ditawarkan AS$21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekalan vaksin dijangka diperoleh pada suku tahun 2021 dengan wajaran pertama tiga peratus populasi negara. 

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun bekalan tersebut akan ditambah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

Katanya, jumlah tersebut mampu memberi imunisasi sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat di negara ini.

“Jumlah tiga peratus hanya wajaran pertama untuk kita beri keutamaan kepada barisan hadapan. 

“Bagi tahun depan menerusi perancangan jawatankuasa dan Kementerian Kewangan, kita bukan hanya minta peruntukan RM1 bilion, tetapi kita minta RM3 bilion untuk kita imunisasi 70 peratus rakyat,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang meminta penjelasan dan harapan agar jumlah vaksin ditambah.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Malaysia kini berada di peringkat akhir dengan Vaccine Global Acces (Covax) berhubng proses perolehan vaksin.

“Harga maksimum yang ditawarkan kepada Malaysia ketika ini adalah AS$21 (RM87.60) bagi setiap satu vaksin.

“Kita berharap dapat tandatangani dengan Covax dan ini hanya sebahagian langkah sahaja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya