Lori terjunam dalam sungai, dua lelaki selamat - Utusan Malaysia

Lori terjunam dalam sungai, dua lelaki selamat

SEBUAH lori terjunam ke dalam Sungai Seboi di Temerloh, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Berpantang maut sebelum ajal.

Dua lelaki terselamat meskipun lori dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai Kilometer 37 Jalan Jerantut-Temerloh di sini hari ini.

Kejadian itu menyaksikan lebih separuh kepala lori dipandu Yusof Bidin, 55, bersama kelindan, Muhammad Bidin, 26, ditenggelami air selepas terjunam ke dalam Sungai Seboi di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Jerantut.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai terdapat sebuah kereta dari arah Jerantut sedang memotong kenderaan di hadapan menyebabkan pemandu lori cuba mengelak ke kiri lalu melanggar besi penghadang jalan dan terjunam ke sungai. 

“Akibat daripada perlanggaran itu pemandu dan kelindan lori tersebut mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Krau untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, pemandu lori mengalami gegaran otak, luka pada kaki dan peha sebelah kiri manakala kelindan mengalami luka di kepala. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN