Johor tambah baik medium agihan bantuan - Utusan Malaysia

Johor tambah baik medium agihan bantuan

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT : Penambahbaikan kaedah dan medium agihan bantuan kepada golongan sasar kini menjadi fokus utama Johor dalam menghadapi situasi mencabar pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pelbagai pihak termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan sedang mengemas kini data maklumat golongan terbabit dengan lebih berkesan.

“Menerusi data ini, kerajaan cuba memberi keutamaan khususnya kepada golongan belia untuk meneruskan perniagaan selain membantu usahawan kecil meneruskan perniagaan.

“Kerajaan negeri masih dalam rangka kerja mencari medium yang efektif dan efisien bagi pengumpulan data golongan M40 dan B20 yang tercicir daripada menerima bantuan ekoran pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Town Hall Jelajah Makmur Johor di Dewan Serbaguna Segamat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hasni kesal kerana masih lagi wujud kekangan dalam pengagihan dan penyampaian bantuan yang sebelum ini disalurkan kepada rakyat di negeri ini.

“Menjelang Bajet 2021 yang bakal dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Johor hujung bulan ini, kita akan cuba sedaya upaya membuat penambahbaikan sistem perolehan maklunat dan penyampaian bantuan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN