Johor cadang skim ketiga pembukaan sempadan Malaysia-Singapura - Utusan Malaysia

Johor cadang skim ketiga pembukaan sempadan Malaysia-Singapura

MUHYIDDIN Yassin mempengerusikan mesyuarat MKN secara sidang video yang turut disertai Hasni Mohammad, hari ini. - FB HASNI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mencadangkan kepada Pusat berkenaan skim ketiga pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura menerusi insiaitif Daily Commuting Arrangement (DCA) dan mahu dimulakan dengan sektor pendidikan terlebih dahulu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu diusulkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung secara sidang video dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,hari ini.

“Dalam mesyuarat tersebut, sekali lagi saya menekankan tentang keperluan pembukaan skim ketiga iaitu DCA untuk sempadan Johor dan Singapura. Ia mungkin boleh dimulakan dengan sektor pendidikan terlebih dahulu.

“Saya juga mengharapkan kerajaan Pusat boleh menyatakan status terkini cadangan tersebut memandangkan kerajaan negeri telah mengemukakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap dan komprehensif untuk tujuan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah mengusulkan DCA iaitu cadangan skim rentas sempadan ketiga selepas Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) yang dilaksanakan masa kini.

Sekiranya DCA dilaksanakan, rakyat dari kedua-dua negara dapat berulang-alik merentasi sempadan pada setiap hari sama ada untuk pekerjaan atau untuk tujuan pendidikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN