Hujan lebat di Kelantan hingga Jumaat - Utusan Malaysia

Hujan lebat di Kelantan hingga Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hujan lebat hampir di semua kawasan di negeri ini sejak malam tadi menyebabkan paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok menghampiri paras amaran.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan pula mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga dengan hujan lebat berterusan di beberapa daerah sehingga Jumaat ini.

Daerah terlibat ialah Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai.

Amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat pula dijangka di lima daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang hingga Jumaat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, satu-satunya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka iaitu PPS Kampung Keroh, Kuala Krai telah ditutup kerana penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN