GEORGE TOWN: Prestasi murid yang tiada peranti mudah alih atau telefon bimbit, komputer dan internet bagi menyertai Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian akan terganggu dan bermasalah. Pengerusi Muafakat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daerah Barat Daya, Ismail Kassim berkata, sesi pembelajaran murid akan terjejas dan menyebabkan mereka mungkin tercicir. “Pada saya, mereka (murid-murid) mudah mempelajari apa yang diajar cuma dari segi pergaulan terbatas dan akan ketinggalan pembelajaran…