Enam pelajar SBP dibebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Enam pelajar SBP dibebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Enam pelajar tingkatan empat sebuah sekolah berasrama penuh di Kluang yang direman berhubung kes buli dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kesemua suspek berusia 16 tahun itu diberi jaminan selepas direman sejak Ahad lalu sejurus polis selesai melakukan siasatan. 

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kesemua pelajar itu diberi jaminan polis dan kita masih menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mereka yang merupakan enam pelajar tingkatan empat sekolah berasrama penuh di Kluang disyaki terlibat dalam kejadian membuli pelajar junior dan direman empat hari bermula Ahad hingga Rabu lalu.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Oktober lalu, lima pelajar tingkatan dua cedera selepas dipukul dan dibelasah sekumpulan pelajar senior di sebuah asrama sekolah berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan Mohammad Farish Haiqal Mohd. Khalid, 14, mengalami kecederaan pada otot dada dan paru-paru remaja itu hampir bocor.

Tiga lagi rakannya mengalami lebam-lebam pada anggota badan termasuk pada tangan dan kaki. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya