Curi data pelanggan, pegawai kanan di syarikat penghantaran ditahan - Utusan Malaysia

Curi data pelanggan, pegawai kanan di syarikat penghantaran ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan di sebuah syarikat penghantaran terkemuka di negara ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin selepas dipercayai terlibat mencuri data pelanggan milik agensi itu.

Suspek berusia 47 tahun itu ditahan selama lima hari selepas hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, pegawai kanan yang bertugas di bahagian e-dagang itu dipercayai mencuri data pelanggan bagi tujuan membuat promosi sebuah syarikat lain dimilikinya yang menjalankan perkhidmatan sama.

“SPRM kini sedang mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan individu lain di syarikat itu dalam aktiviti mencuri data pelanggan ini.

“Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya