Beri syarat sokong bajet umpama hikayat Puteri Gunung Ledang - Utusan Malaysia

Beri syarat sokong bajet umpama hikayat Puteri Gunung Ledang

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Keputusan meletakkan syarat menyokong Belanjawan 2021 supaya kerajaan meluluskan pengeluaran wang Akaun 1,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan automatik moratorium tindakan janggal.

Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) berkata, tiada keperluan meletakkan syarat sebegitu sebaliknya mempertimbangkan bantuan kepada bank bagi mengimbangi perniagaan melalui geran pembiayaan yang lebih banyak dan besar.

Beliau menyifatkan sokongan bersyarat  dinyatakan Barisan Nasional (BN) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam umpama hikayat Puteri Gunung Ledang.

“Saya mempunyai pandangan berbeza dengan ahli parlimen lain. Bantuan bersasar adalah lebih menepati keadaan dan keperluan rakyat selain mengekalkan kestabilan kewangan negara. 

“Meletakkan syarat sokongan (KWSP dan moratorium)  agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021.

“Ia macam dalam hikayat  Puteri Gunung Ledang yang  mengenakan syarat membuat jambatan, hidangan nyamuk sekian-sekian namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan  2021 di Dewan Rakyat semalam.

Ahmad Fadhli turut menyokong pemberian moratorium secara bersasar seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021.

Katanya, langkah tersebut  dapat membantu sektor perbankan serta dapat meningkatkan ekonomi negara.

“Saya yakin ada yang tidak memerlukan moratorium kerana data kerajaan ada mencatatkan ketidakperluan beberapa golongan untuk lanjutan itu.

“Bagaimanapun,  proses dokumen lanjutan moratorium boleh tidak terlalu sukar  dan memudahkan golongan bersasar,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya