KUALA LUMPUR: Semua ahli Parlimen akhirnya dibenarkan masuk bagi mengikuti pembentangan Belanjawan 2021 petang ini .
Kebenaran tersebut diberikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dengan persetujuan ketua Whip dan majoriti ahli Parlimen hanya untuk hari ini sahaja.
Semalam, jumlah ahli Parlimen yang dibenarkan berada di Dewan Rakyat dihadkan kepada 80 orang pada satu-satu masa sepanjang tempoh persidangan sesi kali ini termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021.
Azhar berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat berikutan penularan koronavirus (Covid-19)
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan membentangkan Belanjawan 2021-UTUSAN