Wakil kedutaan Perancis dipanggil Wisma Putra bantah isu hina Islam - Utusan Malaysia

Wakil kedutaan Perancis dipanggil Wisma Putra bantah isu hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari ini memanggil wakil kedutaan Perancis di Malaysia bagi membantah isu penghinaan Islam di negara itu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, ia susulan ketegangan yang semakin memuncak di Perancis ekoran perkembangan trend kebencian terhadap Islam dan penganutnya.

“Semasa pertemuan itu, wakil kedutaan berkenaan dimaklumkan mengenai kekesalan kerajaan Malaysia dan turut mengulangi gesaan mengutuk sebarang provokasi ke atas Islam,” jelas kenyataan itu.

Wisma Putra juga menyentuh dunia sendiri dapat menyaksikan pelbagai bentuk ucapan dan penerbitan berbaur penghinaan banyak pihak di Perancis ke atas peribadi Rasulullah SAW.

Malaysia bagaimanapun tetap komited menjunjung kebebasan bersuara sebagai prinsip hak asasi manusia selagi mana ia diamalkan secara berhemah tanpa menyinggung pihak tertentu.

“Justeru, Malaysia menegaskan kepentingan inisiatif bagi mengekang sentimen Islamofobia pada setiap peringkat dan memupuk sikap saling hormat-menghormati pelbagai agama berbeza.

Kenyataan keras Wisma Putra itu namun tidak rujuk individu tertentu termasuk ucapan biadab Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menghina Islam baru-baru ini sebagai agama pengganas.

Ekoran itu, Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan menggesa dunia Islam bertindak balas dengan memboikot segala produk buatan Perancis yang kemudian dapat sambutan di luar dugaan.

Solidariti tidak dijangka itu, mengakibatkan banyak syarikat negara Eropah tersebut kerugian besar sehingga mereka mendesak kerajaan Perancis lebih bertolak ansur dalam isu berkenaan.

Macron dipercayai mengeluarkan kenyataan itu susulan pembunuhan kejam seorang guru Sejarah kerana melakar wajah Nabi Muhammad SAW ketika dia mengajar.

Sebelum itu, akhbar satira popular Perancis, Charlie Hebdo turut menhhasut rakyat negara tersebut hina Islam menerusi paparan karikatur Rasulullah SAW dalam keadaan aib. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.