Umat Islam Malaysia perlu bersatu bantah kenyataan Macron - Utusan Malaysia

Umat Islam Malaysia perlu bersatu bantah kenyataan Macron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu menentang kenyataan provokatif Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengenai agama Islam.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nasruddin Hassan berkata, kenyataan itu bukan sahaja lebih menggalakkan Islamophobia, malah dikhuatiri membawa kepada lebih banyak ketegangan dan keganasan.

Beliau berkata, sebagai pemimpin negara, Macron sepatutnya bertindak mencari jalan yang boleh membawa perdamaian untuk semua, bukannya menyiram ‘petrol ke atas api yang membara’.

“Suka ditegaskan, Islam ialah agama yang sentiasa memilih kepada keamanan dan kedamaian.

“Senada dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri dalam suratnya kepada Duta Perancis di negara ini, kami berpendapat keganasan adalah sesuatu yang sangat perlu dielakkan, terutama golongan muda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, keganasan tidak melambangkan tindakan oleh mana-mana agama di negara ini.

Malangnya, Macron mencipta kontroversi apabila beliau sinis menyatakan Islam adalah sebuah agama yang dilanda krisis di seluruh dunia.

“Kini umat Islam di seluruh dunia seperti di Pakistan, Gaza, Lubnan, Iraq, Syria dan Jordan bangkit menyatakan kemarahan mereka atas kenyataan provokatif Macron.

“Di negara lain seperti Kuwait, Jordan dan Qatar, beberapa pasar raya memboikot produk keluaran Perancis.

“Saya percaya, ia satu tindakan awal yang pantas dilakukan bagi menyentak keangkuhan Macron dan pemimpin sepertinya agar tidak lagi mengulangi perbuatan serupa,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya