Sasar kutipan RM4 juta tabung wakaf - Utusan Malaysia

Sasar kutipan RM4 juta tabung wakaf

RAZAK Daud (kanan) menerima sumbangan untuk tabung wakaf dariPADA peneroka di Felda Jengka 24, Pahang sebagai gimik pelancaran tabung itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Tabung wakaf peneroka Felda Wilayah Jengka menyasarkan kutipan sebanyak RM4 juta untuk disumbangkan kepada golongan asnaf di seluruh negeri ini.

Pengerusi Biro Sosial dan Ekonomi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, kutipan itu sebagai saham akhirat dan tanda syukur menikmati kehidupan lebih baik.

Katanya, seramai 14,957 peneroka dari 37 buah rancangan Felda Wilayah Jengka akan menyumbang RM300 seorang secara berperingkat-peringkat sehingga Mac 2021.

“Hasil sumbangan ini diserahkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) untuk disumbangkan kepada golongan asnaf dari seluruh Pahang sempena kedatangan Ramadan dan Syawal.

“Idea kewujudan tabung ini adalah daripada Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh supaya peneroka dari 317 rancangan Felda di seluruh negara menubuhkan tabung wakaf,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Razak yang juga Pengerusi Badan Masjid Wilayah Jengka berkata, pelancaran tabung itu di Felda Jengka 24 baru-baru ini berjaya mengutip hampir RM10,000 sumbangan peneroka tanah rancangan itu.

Menurutnya, peneroka di tanah rancangan Felda Jengka 24 seramai 292 keluarga sahaja mengumpul jumlah kutipan sebanyak RM87,600.

“Ketua peneroka dan ketua blok setiap rancangan berperanan mengutip wang wakaf itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.